My Add

Monday 27 August 2012

Manifesto pembangkang gagal


*DR. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Pingat Jasa Pulai 2012 diperhatikan oleh Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (tengah) sempena Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai Ke-25 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, semalam. - utusan/Baazlan Ibrahim

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, AHAD, 26 Ogos, 2012: Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment