My Add

Saturday 4 August 2012

Najib minta Chong Wei cipta sejarah, rangkul emas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Datuk Seri Najib Razak meminta Datuk Lee Chong Wei melakarkan sejarah negara dengan merangkul pingat emas selepas melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik 2012 London. 

"Baru saja bercakap dengan Chong Wei, mengucap tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi Malaysia dengan memenangi emas," kata Perdana Menteri dalam tweetnya. 

Chong Wei, pemain nombor dua dunia, mara ke final selepas menjinakkan pemain China, Chen Long, 21-13, 21-14 pada perlawanan separuh akhir malam tadi. 

Chong Wei, selaku pilihan utama acara itu pada Sukan Olimpik kali ini, akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Ahad ini. 

Lin Dan, yang mengalahkan Chong Wei pada final edisi Sukan Olimpik lalu di Beijing pada 2008, turut mara ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, 21-12, 21-10, pada satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment