Dalam acara diadakan di Pusat Akuatik di sini pada Khamis, penerjun berusia 19 tahun dari Sarawak itu mengumpul 352.50 mata untuk layak bersaing di pentas akhir yang akan berlangsung jam 2 pagi ini.
Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan awal semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada temasya Olimpik, gagal beraksi baik pada terjunan pertama hari ini iaitu 'forward 3 1/2 somersault' dan keempat melibatkan 'Inward 3 1/2 somersault'.
Beliau mengutip, masing-masing 67.50 dan 67.20 mata bagi kedua-dua disiplin berkenaan.
Penerjun China, Chen Ruolin masih mendahului acara itu dengan kutipan 407.25 mata.
Hanya 12 penerjun teratas akan beraksi di peringkat akhir. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment