My Add

Thursday 23 August 2012

Pencalonan Anugerah Hak Asasi Manusia 2012

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mempelawa pencalonan untuk Anugerah Hak Asasi Manusia 2012 yang akan disampaikan pada 10 Disember ini.

Tarikh akhir pencalonan ialah 10 Oktober.
Dalam kenyataan hari ini, SUHAKAM berkata, anugerah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Komuniti Individu, Anugerah Komuniti Organisasi dan Anugerah Media.

"Untuk layak menjadi calon, peserta mestilah terdiri daripada mereka yang sudah memberi sumbangan cemerlang terhadap usaha memupuk dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia serta aktif dalam bidang itu sejak dua atau tiga tahun lalu," kata kenyataan itu.

Borang pencalonan dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.suhakam.org.my atau menghubungi talian 03-26125689/5687/5654. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment