My Add

Saturday 18 August 2012

Pesawat MAS berpatah balik ke Heathrow masalah teknikal

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogos, 2012: Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow kira-kira sejam kemudian ekoran masalah teknikal pada enjin No 2 pesawat.

Penerbangan MH1, yang berlepas pada 10.15 malam menuju KLIA dengan membawa 340 penumpang, selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada 11.19 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, MAS berkata, krew yang mengendalikan pesawat B747-400 membuat keputusan itu disebabkan masalah teknikal .- BERNAMA

No comments:

Post a Comment