My Add

Thursday 2 August 2012

PICC Pusat Kongres dan Konvensyen Terbaik di Asia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dinamakan sebagai Pusat Kongres dan Konvensyen Terbaik di Asia oleh Anugerah Pengembaraan Business Destinations 2012. 

PICC diuruskan oleh Seksyen Pengurusan di bawah Sekretariat Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa di Jabatan Perdana Menteri.
"Anugerah ini tidak dapat dicapai tanpa usaha mengenal penat lelah petugas kami bagi mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan. 

"Saya sangat berbangga dengan pasukan jualan dan pemasaran kami yang menerima lebih 2,500 acara sejak pembukaan PICC pada Oktober 2003," kata Pengurus Besar PICC, V Valluvan Veloo dalam satu kenyataan hari ini. 

PICC mendapat undian terbanyak dalam kategori itu, mengalahkan kemudahan konvensyen lain di rantau ini, kerana penyediaan perkhidmatan terbaik dan cemerlang. 

Penganugerahan anugerah itu kini memasuki tahun ke-lima dan dianjurkan setiap tahun oleh majalah Business Destinations, yang dibaca oleh lebih 100,000 pemilik syarikat, pengarah, dan peneraju utama di industri pengembaraan, pelancongan dan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). 

Anugerah itu disasarkan bagi menonjolkan produk dan perkhidmatan syarikat yang terbaik dalam industri perniagaan pengembaraan.

Pelanggan dipengaruhi faktor penting seperti perkhidmatan cemerlang, kemudahan dan kapasiti menarik, yang berasaskan pengalaman masing-masing di dalam pelbagai pusat konvensyen di dalam kategori masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment