My Add

Friday 3 August 2012

Saman kehadiran terhadap penjaga gol kebangsaan

PETALING JAYA, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengeluarkan saman kehadiran terhadap penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias kerana gagal hadir bagi menghadapi tuduhan berhubung kes khalwatnya dengan seorang pekerja swasta, tahun lalu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad memerintahkan demikian terhadap Mohd. Farizal, 26, dan pasangannya, Zaiton Othman, 29, serta penjamin mereka yang juga bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin kerana gagal hadir tanpa alasan.

Mohd. Farizal ialah penjaga gawang Malaysia yang beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal dan Manchester City bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment