My Add

Thursday 9 August 2012

Sarawak tetapkan tarikh cuti umum sempena Aidilfitri

KUCHING, KHAMIS, 0 OGOS, 2012: Kerajaan Sarawak hari ini mengeluarkan pekeliling mengenai tarikh cuti umum sempena Aidilfitri di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani dalam pekeliling itu berkata, sekiranya Aidilfitri jatuh pada Sabtu 18 Ogos, hari Isnin 20 Ogos juga akan menjadi hari cuti umum. 

Bagaimanapun, sekiranya perayaan itu jatuh pada Ahad 19 Ogos, dengan itu cuti umum bagi negeri ini ialah pada Isnin 20 Ogos dan Selasa 21 Ogos, katanya.

Pekeliling itu dikeluarkan kepada semua setiausaha tetap, residen divisyen serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan badan berkanun di negeri ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment