My Add

Thursday 2 August 2012

Tindakan pemecatan adalah peringatan kepada ahli BN

MELAKA, RABU, 01 Ogos, 2012: Tindakan tegas memecat Datuk Seri Lajim Ukin wajar diambil sebagai peringatan kepada ahli Barisan Nasional (BN) terutama UMNO agar bersikap jujur dan setia terhadap parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pemecatan beliau sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta merta adalah satu keperluan.

''Saya ucap syabas kepada pucuk pimpinan yang mengambil tindakan tegas terhadap Lajim kerana kita perlu ahli parti yang setia lebih-lebih lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

''Pada masa ini kita memerlukan hanya ahli yang jujur terhadap parti jika tidak jujur mereka harus dikenakan tindakan tegas," katanya.

Beliau kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penyewaan bas antara Panorama Melaka dan RapidKL di bilik mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Mohd. Ali diminta mengulas pengumuman pejabat Perdana Menteri bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan membatalkan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri tersebut.

Menurutnya, keputusan Lajim meletak jawatan politik dalam UMNO dan BN Sabtu lalu, tidak sama sekali menjejaskan BN dan khususnya kedudukan UMNO di Sabah.

''Lebih baik beliau (Lajim) keluar BN lebih awal berbanding jika dia letak jawatan semasa hari pilihan raya umum hendak diadakan," ujarnya.

Ujarnya, pengunduran bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sama sekali tidak menjejaskan peluang BN untuk mengekalkan penguasaan pada pilihan raya nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment