My Add

Thursday 9 August 2012

Untung pracukai suku kedua Jobstreet naik 27 peratus

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Untung pracukai Jobstreet Corp Bhd bagi suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2012 naik 27.4 peratus kepada RM22.55 juta daripada RM17.01 juta pada suku yang sama, tahun lalu.

Perolehannya meningkat kepada RM45.10 juta daripada RM36.23 juta sebelum ini. 

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Jobstreet berkata kenaikan dalam perolehan adalah berikutan penjualan yang lebih tinggi dari JobStreet Essential dan dividen yang diterima dari pelaburan kumpulan di Hong Kong.

Kumpulan itu berkata, ia akan terus menumpukan kepada meningkatkan penjualan dan pemasaran untuk mengukuhkan kedudukan pasaran dan meningkatkan penempatan pekerja di pasaran utamanya di Malaysia, Singapura dan Filipina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment