My Add

Tuesday, 25 October 2011

Keputusan PM hapuskan ISA tindakan bersejarah - Muhyiddin

SELASA, 25 Oktober, 2011: Langkah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keputusan bersejarah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Keputusan itu adalah satu kematangan bagi ketelusan dan kebebasan bersuara di mana ia menjadi harapan negara maju,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang menetap di Singapura, malam tadi.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, keputusan Najib itu membawa kesan yang besar ke arah kemajuan Malaysia. 

Muhyiddin kini dalam lawatan rasmi dua hari ke republik itu.


No comments:

Post a Comment