My Add

Monday 24 October 2011

Guan Eng jangan salahkan BN

Utusan Malaysia
ISNIN, 24 Oktober, 2011: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa blog yang mengaitkan anaknya dengan kejadian mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun baru-baru ini.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu lebih wajar dilakukan daripada menjadikan kejadian tersebut isu politik.

"Saya berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga dia (Guan Eng) tetapi Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP seolah-olah ingin mempolitikkan kejadian ini.

"Jangan salahkan Barisan Nasional (BN) dengan kejadian ini kerana bukan BN yang siarkan sebaliknya penulis blog. Kenapa salahkan BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Konvensyen Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) Kebangsaan 2011 di Subang, semalam.

No comments:

Post a Comment