My Add

Monday, 24 October 2011

Kenyataannya tentang anak Guan Eng diputar belit: Muhyiddin

ISNIN, 24 Oktober, 2011: Masih panas. Belum reda lagi isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa cabul kehormatan pelajar perempuan berusia 16 tahun sudah meleret hingga ke Parlimen.

Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini menjelaskan di Dewan Rakyat berkaitan kenyataannya berhubung isu tersebut.

Beliau menyifatkan kenyataannya Sabtu lalu, sudah diputar belit oleh beberapa media alternatif.

Muhyiddin Yasin
Senenarnya,Timbalan Perdana menyarankan Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya memandangkan penafian tidak mencukupi.

Kata Muhyiddin, beliau tidak berniat untuk mengheret hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik.

Tetapi sebalikya saya hanya memberikan saranan supaya pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tomahan berhubung isu itu.

"Sebenarnya saya tidak hendak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog. Untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya.

"Tetapi ia sudah diputar-belitkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata beliau sendiri tidak menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan sebelum ini kerana beliau tidak bertanya kepada sekolah itu mengenai insiden tersebut. 

"Saya tahu dalam semua media alternatif banyak (kenyataan) ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan hal lain yang tidak ada kena mengena.

"Saya tidak kata dia (anak Guan Eng) bersalah. Saya tidak ada masalah tetapi masyarakat membuat penilaian lain. 

"Kalau tidak ada, apa yang YB Ipoh Barat (Lim Kit Siang) bimbangkan ," katanya
Guan Eng

Guan Eng pernah menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menafikan dakwaan beberapa buah blog, anak lelakinya bertukar dari sekolah Heng Ee ke St Xavier Instituion gara-gara dakwaan tersebut.

Cuma sepekara lagi yang Guan Eng tidak buat. Belum membuat laporan polis berhubung dakwaan berkaitan.

No comments:

Post a Comment