My Add

Tuesday 25 October 2011

Kunjungan Anwar sempena Deepavali meriah?

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/Anwar-Izzah.jpg
SELASA, 25 Oktober, 2011: Dilaporkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau persiapan akhir masyarakat India bagi menyambut perayaan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur, malam semalam.

Ketibaan Anwar dan pimpinan PKR lain. dikatakan disambut dengan Laungan ‘Hidup Anwar’, ‘Hidup Pakatan Rakyat’, oleh masyarakat India dengan paluan gendang Maetallam dan letupan mercun.

Meskipun bukan acara rasmi, ramai pengunjung Brickfields mengambil peluang bersalam dan mengambil gambar sambil mengucapkan – ‘Nal Valthukal’, ucap selamat menyambut pesta cahaya – Deepavali.

Turut mengiringinya ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, N Surendran dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

No comments:

Post a Comment