My Add

Sunday 27 November 2011

Perhimpunan Agung UMNO medan bincang, baiki kelemahan

AYER KEROH, AHAD, 27 November, 2011:
PERHIMPUNAN Agung UMNO yang akan bermula Selasa ini perlu menjadi medan perbincangan bagi memperbaiki kelemahan parti di samping pencetus idea untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, akan datang. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pada masa sama, perhimpunan itu juga perlu dimanfaatkan semua pimpinan UMNO untuk bertukar pandangan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti turun padang.

Malah, katanya, aktiviti turun padan yang disusuli dengan penyelesaian masalah masyarakat menepati kehendak yang disarankan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Keluarga Pertubuhan Alumni 4B Malaysia dan Gerakan Belia 4B (GB4B) Melaka di Taman Tema Melaka Wonderland di sini, hari ini. 

Mengulas Perhimpunan Agung UMNO 2011, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri, berkata Badan Perhubungan UMNO Melaka menamakan tiga tokoh bagi membahaskan tiga usul penting membabitkan ucapan Presiden, ekonomi, social dan agama. 

Pembahas dari Melaka termasuk Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abd Ghafaar Atan (ekonomi); Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman (agama, pendidikan dan sosial) dan Ketua Penerangan UMNO Bukit Katil, Datuk Hasnoor Sidang Hussien (membahas ucapan presiden).

No comments:

Post a Comment