My Add

Sunday 27 November 2011

'Benci sangat negara ini keluar sahaja'

KOTA BHARU, AHAD, 27 November, 2011:
PEMIMPIN pembangkang yang asyik memburukkan negara di tempat lain tidak layak untuk menjadi pemimpin.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia di Indonesia seolah-olah menunjukkan beliau bukan rakyat negara ini.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu menyaksikan perasaan kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia begitu tinggi sekali kerana ada pihak yang membakar sentimen mereka.

"Ini tak patutlah, di satu pihak beliau mengatakan nak jadi pemimpin negara ini, tetapi di waktu yang lain memburukkan negara, seolah-olah beliau bukan rakyat negara ini. Kalau benci sangat negara ini keluar sahaja," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana anjuran UMNO bahagian yang disertai oleh seramai 650 murid daripada 27 buah sekolah rendah dalam Parlimen Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas di sini.

Mohamad Fatmi diminta mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas dan hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.  - Mingguan Malaysia

No comments:

Post a Comment