My Add

Monday 28 November 2011

RM100,000 bantu pelajar tahfiz

 



SAHRIZAT Abdul Jalil (tengah) beramah mesra dengan pelajar tahfiz pada program KAR1SMA Al-Furqani 2011 di Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 November, 2011:KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) bagi menjalankan aktiviti pembangunan kanak-kanak tahfiz.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peruntukan itu bertujuan membantu golongan sasar iaitu kanak-kanak mendapatkan keperluan dan kemudahan yang selesa untuk meneruskan pengajian mereka di madrasah yang terlibat.

“Kementerian turut mengadakan program keibubapaan kepada keluarga kanak-kanak yang berada di tahfiz berkenaan. Sebelum ini, kita telah menjalankan pelbagai program berkaitan kanak-kanak namun kini berpeluang membantu mereka yang berada di tahfiz.

“Mereka mempunyai potensi untuk menjadi penghafaz al-Quran yang baik. Justeru, kementerian berharap peruntukan yang diberikan akan membantu melancarkan perjalanan mereka untuk terus berjaya dan berjasa kepada negara serta agama,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program KAR1SMA Al-Furqani 2011 dan perjumpaan perdana bersama tahfiz seluruh Malaysia.

Turut hadir, Setiausaha Permata, Zamzani Mahmud.

Program itu diadakan bagi memelihara dan memperkasakan peranan institusi tahfiz dalam membentuk insan yang mampu berhadapan dengan cabaran sosial semasa. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment