My Add

Sunday 27 November 2011

Kabinet setuju Perhimpunan Aman dipendek 10 hari

PADANG RENGAS, AHAD,  27 November, 2011:
KABINET bersetuju meminda Fasa 9 Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 berhubung tempoh pemberitahuan oleh penganjur daripada 30 hari kepada 10 hari sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia dibuat berdasarkan keputusan awal yang telah dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara apabila rang undang-undang yang dibahas hendaklah diberikan kesempatan untuk pemindaan selepas bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Katanya, beliau telah berunding dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai pindaan memendekkan tempoh dalam fasa 9 dan notis spesifikasi yang akan ditukar dari perkataan dalam masa kepada ayat sebelum perhimpunan diadakan.

''Oleh kerana ada rayuan dan notis tambahan, fasa-fasa lain juga terpaksa dipinda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai di Perumahan Awam Liman Kati dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment