My Add

Sunday 27 November 2011

Pemimpin politik jangan korban keadilan - Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 November, 2011:
PEMIMPIN politik di negara ini tidak seharusnya mengorbankan keadilan dan keseimbangan hanya kerana mahu mengejar undi daripada kaum tertentu, demi menjamin kemenangan pada pilihan raya.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar sebaliknya berkata, golongan itu perlu berpegang teguh kepada prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) yang berasaskan keadilan dan keseimbangan melalui ucapan serta tindakan.

"Jangan kita mengamalkan matlamat menghalalkan cara dan kuasa politik mendahului segala-galanya," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh pemimpin politik agar mendokong serta mengamalkan konsep wasatiyyah melalui gagasan 1Malaysia kerana itulah rahsia keamanan dan kesejahteraan Malaysia selama ini .

Sementara itu, Penasihat Yayasan Al-Bukhary, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas semasa sesi soal jawab pula berkata, golongan yang memutar belit ilmu dan fakta walaupun berimej islamik adalah golongan pelampau.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) menjelaskan, golongan tersebut tidak wasatiyyah dalam kehidupan mereka kerana gagal menyampaikan kebenaran sebenar ilmu yang dimiliki.

"Lihatlah keadaan hari ini, adalah segolongan manusia yang membuat tafsiran al-Quran mengikut selera sendiri dengan menyembunyikan fakta sebenar di sebalik maksud keseluruhan ayat tersebut dan ini contoh sikap pelampau.

"Golongan seperti ini tidak terhad kepada mereka yang mempunyai idealogi politik tertentu sahaja tetapi secara ia melibatkan keseluruhan umat Islam di Malaysia hari ini," katanya.

No comments:

Post a Comment