My Add

Sunday, 27 November 2011

Shahrizat tenang berdepan isu projek lembu

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/11/shahrizat_jalil.jpg
Ketua Wanita UMNO te tap bersama perwakilan

Oleh Norfatimah Ahmad 
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Novwmber, 2011: 
DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dikendalikan suami dan anaknya akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO, bermula Selasa ini. 

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita UMNO itu yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu.

Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu PFN timbul.

“Program Wanita UMNO tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. Pagi tadi (semalam) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita UMNO di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah. 

“Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam sambil menambah persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO juga mengikut jadual dengan mesyuarat berkaitan usul akan diadakan hari ini. 

“Sebelum sesi taklimat Presiden dan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Selasa ini, kita sudah merangka beberapa program lain termasuk Isnin ini iaitu Malam Skuad Sayang bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya. 

Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita UMNO, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu, tetapi Wanita UMNO akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan.

Mengenai tambahan kerusi kepada Wanita UMNO pada pilihan raya umum nanti, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi untuk menentukannya kerana percaya Datuk Seri Najib Razak peka dan prihatin dengan sumbangan sayap itu kepada parti dan negara. - Berita Minggu

No comments:

Post a Comment