My Add

Sunday 27 November 2011

Perhimpunan Agung UMNO: Kehadiran pemerhati dihadkan

PUTRAJAYA, AHAD 27 November, 2011: 
JUMLAH pemerhati yang dibenarkan memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya Perhimpunanan Agung UMNO kali ini akan dihadkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada perwakilan UMNO yang dipilih untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, ia selepas seramai 191 setiausaha bahagian dipilih secara automatik menjadi perwakilan menerusi pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009.

"Ramai yang akan hadir untuk saksikan persidangan itu tetapi kerana dewan itu terlalu penuh untuk menampung kehadiran 3,000 orang maka kita akan hadkannya kepada pemerhati.

"Bagaimanapun, mereka masih boleh mengikuti sesi perbahasan tersebut yang akan disiarkan secara langsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Khatan Beramai-ramai dan program Rakan Alam Sekitar di sini, hari ini. Pada majlis itu seramai 130 kanak-kanak sekitar Putrajaya dikhatankan menggunakan kaedah smart clamp. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment