My Add

Sunday 1 April 2012

1,300 sertai program Earth Hour BIAA

AHLI-ahli BIAA bergambar bersama akhbar Utusan Malaysia pada program gotong-royong di Meditop Corporation (M) Sdn. Bhd., Bangi, semalam.

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, SABTU,  31 Mac, 2012: Seramai 1,300 kakitangan daripada 13 buah kilang di bawah Persatuan Pentadbiran Industri Bangi (BIAA) menyertai program gotong-royong sempena sambutan Earth Hour di sekitar kawasan perindustrian Bangi, dekat sini hari ini.

Pengerusi penganjur program itu, Mohd. Mahdzim Md. Nor berkata, aktiviti gotong-royong itu bagi menyemai kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengekalkannya untuk generasi akan datang.

"Kami mengadakan gotong-royong ini untuk memupuk kesedaran alam sekitar serta mencari jalan mengurangkan kesan-kesan sampingan ekoran perubahan iklim," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment