KOTA BHARU, RABU, 18 April, 2012: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.
“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.
“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment