My Add

Monday 9 April 2012

Penyanyi Ismail Haron meninggal dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 April, 2012: Penyanyi Singapura yang popular di negara ini sekitar tahun 70-an, Ismail Haron, 66, meninggal dalam tidur di kediaman kakaknya, Hamidah di Jurong West, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ismail yang masih solo mula memancing perhatian peminat muzik sejak akhir 1960-an dengan beberapa dendangan popular termasuk Ilham Pujangga selain menjadi rakan duet Anita Sarawak membawakan lagu versi saduran seperti La Au Be dan Mustafa.

Pada zaman kegemilangannya, anak seni yang bakal meraikan ulang tahun ke-66, 13 Mei ini mengambil keputusan berhijrah ke Australia pada awal 70-an dan hanya kembali ke tanah air sekitar 2000.

Pengurusnya, Maria Sata ketika mengesahkannya berkata, kali terakhir Ismail mengadakan persembahan di Singapura pada 2011 manakala di Malaysia pula kunjungan terakhir kira-kira dua tahun lalu ketika diundang menjayakan Konsert DiRaja di Kuala Perlis.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura.

No comments:

Post a Comment