My Add

Tuesday 10 April 2012

'Jangan main api perkauman, racuni pemikiran murid sekolah'

PULAU PINANG, ISNIN, 09 April, 201: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi amaran supaya tidak sesekali cuba meracuni pemikiran murid sekolah dengan api perkauman bagi menanam kebencian melampau terhadap sesuatu pihak yang tidak disukainya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara tersebut tidak boleh dianggap sebagai gurauan kerana kesannya amat buruk jika berlaku sesuatu di luar kawalan.

Menurutnya, Guan Eng harus dipertanggungjawabkan sekiranya selepas ini ada pihak lain turut menggunakan isu perkauman dalam pelbagai perkara.

"Bayangkan daripada peringkat murid sekolah lagi dia (Guan Eng) sudah menyalakan api perkauman.

"Saya nak beri amaran kepadanya, jangan bermain dengan api perkauman. Jangan jadikan ia sebagai bahan jenaka. Ini bukan perkara main-main," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment