My Add

Friday 6 April 2012

Kerajaan perlu semak rekod pelajar Afrika sebelum keluar visa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Kerajaan perlu menyemak rekod pelajar yang memohon visa pelajar terutama dari negara Afrika terlebih dulu di negara mereka sebelum membenarkan mereka masuk ke negara ini. 

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (PENCEGAH), Jeevan S Ramamurthy, berkata langkah itu perlu bagi membendung segelintir rakyat Afrika yang menimbulkan masalah di Malaysia seperti melakukan jenayah yang membimbangkan penduduk tempatan.

"Kerajaan perlu lebih serius menapis warga Afrika ini, adakah mereka betul-betul datang ke Malaysia untuk belajar ataupun sekadar menjadikan Malaysia sarang jenayah mereka," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, lambakan rakyat Afrika di Malaysia terutamanya di ibu negara membimbangkan rakyat tempatan yang tinggal bersama di kawasan kejiranan yang mempunyai ramai warga Afrika. 

Terbaru, kira-kira 200 lelaki Afrika merusuh dan merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan RELA di Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat berikutan seorang rakan mereka, Onochie Martins Nwankwo, 35, mati didakwa dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu. 

Jeevan berkata, tindakan segelintir rakyat Afrika itu seolah-olah tidak menghormati undang-undang negara dan memperlekeh pihak keselamatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment