My Add

Thursday 19 April 2012

Kumpulan 30 individu serang mahasiswa

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Sekumpulan 30 individu tidak dikenali bertindak menyerang kumpulan mahasiswa yang berkhemah sempena Perhimpunan Menyokong Pemansuhan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) di Dataran Merdeka kira-kira jam 2.45 pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, sembilan mangsa cedera termasuk dua detektif polis berpakaian awam yang cuba mengawal keadaan.
Seorang suspek berusia 28 tahun turut ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Polis sedang mengenal pasti motif sebenar serangan, termasuk kemungkinan wujud unsur politik di sebalik kejadian itu. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment