My Add

Wednesday, 4 April 2012

Malaysia cadangkan pemindahan banduan dengan Indonesia

JAKARTA, RABU, 04 April, 2012: Pemindahan banduan antara Malaysia dan Indonesia adalah antara perkara yang akan dibincangkan lanjut oleh Jawatankuasa Bersama Malaysia-Indonesia mengenai Jenayah Lintas Negara dan Kerjasama Antara Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat ini. 

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau sudah menyuarakan cadangan itu kepada pihak Indonesia dan mereka menyambut baik. Abdul Gani berkata, beliau melihat perkara pemindahan banduan itu untuk kebaikan kedua-dua negara termasuk memberi kemudahan kepada keluarga banduan untuk melawat mereka di penjara di negara asal mereka sendiri.

"Saya sedang melihat perkara itu dan saya bercadang untuk membincangkannya lebih lanjut dengan Jaksa Agung (Peguam Negara Indonesia)," katanya di sini. 

Beliau berada di sini untuk lawatan empat hari bersama delegasi lima orang pegawainya. 

Pada Isnin lalu Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Indonesia menandatangani perjanjian bagi kerjasama aktiviti perundangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment