My Add

Monday 9 April 2012

OIC kutuk pengeboman di Selatan Thailand

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 April, 2012: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan pandangan beratnya terhadap beberapa kejadian pengeboman di Selatan Thailand baru-baru ini mengakibatkan sejumlah nyawa terkorban.

OIC yang berpejabat di Jeddah itu menyelar tindakan pengganas seumpama itu dan mengutuk keganasan terhadap orang awam dari mana-mana golongan, kata jurucakap pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Beliau menarik perhatian bahawa pada 1 Mei 2007, OIC dan Thailand, dalam satu kenyataan bersetuju bahawa iklim keganasan yang dicetuskan oleh serangan ke atas orang awam akan menjejas situasi hak asasi manusia dan ini tidak harus dibiarkan berterusan.

Kenyataan itu dikeluarkan semasa lawatan setiausaha agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu ke Thailand.

Jurucakap itu mengulangi kesediaan OIC untuk terus memperluas kerjasama dengan Thailand, yang mempunyai status pemerhati di pertubuhan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment