My Add

Saturday, 7 April 2012

Pasaran getah dijangka positif minggu depan

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 April, 2012: Pasaran getah Malaysia berkemungkinan positif minggu depan seiringan dengan prestasi Bursa Komoditi Tokyo, yang dijangka kukuh, kata peniaga. 

Seorang peniaga berkata, bagaimanapun, sentimen dijangka berhati-hati ketika pembeli menunggu lebih banyak petunjuk baru. 

"Cuaca yang tidak menentu dan musim luruh di negara pengeluar utama, yang dijangka berlarutan hingga akhir bulan ini, mungkin membantu harga bertahan, meskipun kegiatan mengambil untung dijangkakan," katanya.

Sementara itu, seorang penganalisis berkata, sentimen pasaran akan juga dipengaruhi oleh pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat, yang mungkin menyebabkan pasaran mengalami dagangan kecil. 

Bagi minggu baru berakhir, pasaran getah Malaysia diniagakan lebih tinggi pada Isnin dan susut pada Rabu dan Khamis. 

Pasaran ditutup pada Jumaat kerana cuti sempena Good Friday. Dagangan akan disambung semula pada Isnin. 

Berdasarkan minggu ke minggu, harga tunai rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 11 sen kepada 1,126 sen daripada 1,137 sen sekilogram. 
Harga susu getah pukal susut 5.5 sen kepada 781 sen sekilogram daripada 786.5 sen. 

Harga penutupan jualan tidak rasmi bagi SMR 20 enam sen lebih rendah pada 1,129 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal jatuh lima sen kepada 780.5 sen sekilogram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment