My Add

Monday 23 April 2012

Pejuang LGBT ikut jejak syaitan

NASHARUDIN Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh HUSSAINI AMRAN 
dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 April, 2012: Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender, katanua

Nasharudin antar ahli penal wacana bertajuk ``Kemungkaran LGBT mengundang bala Allah’, anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment