My Add

Sunday 22 April 2012

Permohonan BR1M tidak akan dilanjut selepas 30 April

IPOH, AHAD, 22 April, 2012: Para pemohon yang gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digesa supaya segera mengemukakan rayuan kerana ia tidak akan dilanjutkan selepas 30 April ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia bagi memberi ruang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menguruskan urusan percukaian setelah tempoh rayuan BR1M dilanjutkan selama tiga bulan mulai 15 Januari lalu.

"Sehingga 17 April ini, sebanyak 4,327,818 orang atau 86.1 peratus permohonan BR1M telah diluluskan termasuk Orang Asli. Jumlah ini adalah termasuk kelulusan rayuan iaitu sebanyak 282,605 penerima.

"Dari tempoh 15 Januari lalu hingga 17 April ini juga, sebanyak 333,241 rayuan telah diproses. Kerajaan juga telah bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M sehingga 15 Mei depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Silaturrahim dan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment