My Add

Monday 9 April 2012

PR belum selesai bahagi kerusi

HASLINA KAMALUDIN
SHAH ALAM, AHAD, 08 April, 2012: Pakatan Rakyat (PR) masih belum selesai berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi melengkapkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Sen Giaw, perkara itu belum mendapat kata putus daripada ketiga-tiga parti di bawah PR.

Bagaimanapun, katanya, setiap parti sudah ada senarai calon.

“Buat masa ini, semua parti sibuk dengan persiapan­ akhir jentera masing-masing. Mengenai perbincangan,­ kami masih belum mendapat kata putus namun sudah bersedia bila-bila masa untuk mengadakannya.

“Tetapi, saya yakin, Pas, DAP dan PKR pasti akan duduk semeja dan berbincang mengenai perkara ini. Perbincangan perlu bagi menguatkan lagi PR untuk menewaskan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution pula berkata, misi utama mereka adalah menumpaskan BN.

“PRU13 akan memberi kemenangan besar kepada PKR kerana pertambahan 20 peratus pengundi pertama kali akan memberi kelebihan kepada kami.

“Dengan meletakkan calon muda yang berwibawa, PKR yakin, rakyat lebih bijak memilih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, muka-muka baru adalah bersesuaian dengan kehendak rakyat hari ini yang mahu perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

“Jika dilihat, PRU13 diwakili 52 peratus pengundi muda dan Pas optimis akan meraih kemenangan besar dengan meletakkan calon muda,” katanya. - 

No comments:

Post a Comment