My Add

Thursday 19 April 2012

RM700,000 untuk pelbagai bantuan di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 19 April, 2012: Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang memperuntukkan sehingga RM700,000 untuk pelbagai program bantuan sepanjang tahun ini, kata Pengurus Besarnya, Saringat Hassan.

Beliau berkata, antaranya ialah bantuan peningkatan ekonomi, bantuan persekolahan, bantuan modal insan dan bantuan makanan.

"Bagi bantuan peningkatan ekonomi, seramai 300 orang sudah menerimanya sepanjang tempoh tiga tahun dan daripada jumlah itu lebih 80 peratus berjaya keluar daripada pendapatan garis kemiskinan," katanya kepada pemberita pada program tinjauan mesra 'Jom P Bantu' di sini, hari ini.

Saringat berkata, daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan sebanyak RM300,000 akan dibelanjakan untuk menyediakan bantuan mesin dan peralatan kepada 150 peserta e-kasih.

"Sehingga hari ini sebanyak 56 peserta menerima bantuan mesin dan peralatan masing-masing, manakala bakinya sudah dikenalpasti dan bancian juga sudah dibuat," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang turut serta pada program itu, berkata pihaknya juga akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti golongan miskin yang memerlukan bantuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment