My Add

Monday 23 April 2012

Sukma: Terengganu kesal acara kenu ditiadakan

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 23 April, 2012: Terengganu melahirkan rasa kesal di atas ketiadaan acara kenu pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang, Julai nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau tidak mengetahui kenapa acara itu tidak diadakan kerana difahamkan kenu merupakan sukan berprestasi tinggi.

“Kita hairan acara kenu pada Sukan SEA diadakan, tetapi di peringkat negara sendiri tidak diadakan dalam Sukma. Bagaimana kita nak memilih atlet kenu mewakili negara sedangkan kenu tidak dipertandingkan di Sukma," katanya pada majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012 di sini malam tadi.

Ahmad berkata, semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukma sebelum ini, acara sukan berprestasi tinggi diteruskan seperti renang, lawan pedang dan gimnastik.

“Kita kena rasional. Nak pilih atlet sukan negara mesti melalui Sukma.

Menang Sukma baru boleh wakil negara. Kalau dalam Sukma tak ada, kita nak pilih macam mana untuk wakil negara?

“Ini yang menjadikan sukan negara tak berjaya. Politik banyak sangat dalam sukan. Campur tangan dan nak kritik pun tak boleh," katanya dengan nada kesal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment