My Add

Tuesday 10 April 2012

Suspek lari dari lokap mahkamah masih diburu

Oleh ROZIANAH RISMAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012 Polis melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan seorang suspek lelaki yang meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sejak 6 April lalu.

Mohd. Rezuan Abd. Rahman, 32, memegang kad pengenalan bernombor 801213-05-5591 dan beralamat di Nombor 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterpreneurs Park, Kuala Lumpur sehingga kini masih bebas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek merupakan ketua kumpulan “Man Kuchai” dan amat dikehendaki kerana berbahaya serta terlibat dalam empat kes jenayah iaitu merompak dengan menyamar sebagai pegawai polis selain mendatangkan kecederaan kepada mangsa. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment