My Add

Friday 3 August 2012

2 lelaki diberkas: 15 kes curi motosikal diselesai

TAWAU, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes curi motosikal dengan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu di Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, lelaki pertama berusia 24 tahun ditahan pada 29 Julai lalu hasil risikan pasukan itu dan berjaya merampas sebuah motosikal Honda EX5 dipercayai motosikal curi daripada suspek.

Katanya, siasatan yang dijalankan ke atas suspek kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 29 tahun dan sebuah lagi motosikal, juga dipercayai motosikal curi dirampas daripada lelaki berkenaan.

"Siasatan kami ke atas kedua-dua suspek, mendapati suspek kedua mungkin ada kaitan dengan Geng Herman iaitu kumpulan pecah rumah dan curi yang tumpas minggu lalu,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment