My Add

Friday 3 August 2012

Semakan kemasukan pelatih PLKN dibatal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membatalkan semakan kemasukan pelatih-pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) bagi kumpulan tiga siri 9/2012 yang akan bermula 9 September depan.

JLKN dalam kenyataan hari ini berkata, semua bakal pelatih kumpulan tiga siri 9/2012 boleh mula membuat semakan nama, kem-kem penempatan dan pusat berkumpul pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mereka boleh membuat semakan melalui SMS 15888 atau di laman web Khidmat Negara di www.khidmatnegara.gov.my.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment