My Add

Sunday 5 August 2012

2,514 peneroka Felcra Sabah terima dividen

SEMPORNA, AHAD. 05 Ogos, 2012: Lebih 2,500 peneroka Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di Sabah menerima dividen berjumlah RM5 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap daripada mereka akan menerima antara RM3,000 hingga RM60,000 bergantung kepada syer yang dimiliki.

"Daripada jumlah itu, seramai 25 peneroka di daerah Semporna menerima dividen berjumlah RM521,000 yang diyakini dapat meningkatkan taraf ekonomi terutamanya kepada masyarakat luar bandar khususnya daerah Semporna. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment