My Add

Sunday 5 August 2012

Tiga anggota kumpulan samun mati ditembak

GEORGETOWN, AHAD, 05 Ogos, 2012: Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan "Lima" yang aktif merompak di beberapa daerah di negeri ini, maut ditembak polis ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Jesselton, Pulau Tikus hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata polis terpaksa melepaskan tembakan apabila tiga suspek yang bersenjatakan parang bertindak agresif, cuba menyerang anggota pasukan keselamatan itu.

"Pada kejadian 3.30 pagi tadi itu, kita menerima laporan orang awam yang mengatakan tiga lelaki terbabit sedang dalam percubaan memecah masuk sebuah rumah di situ.

"Polis yang tiba di lokasi mengarahkan suspek menyerah diri namun mereka bertindak agresif menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment