My Add

Monday 6 August 2012

4 kawasan kemalangan tinggi di Besut

BESUT, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt. Noor Zainy Mohd. Noor berkata, lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

"Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment