My Add

Monday 6 August 2012

Kawalan sempadan ditingkat

RANTAU PANJANG, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand akan ditingkatkan bagi mengekang aktiviti penyeludupan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, pihaknya menjangkakan aktiviti penyeludupan akan meningkat sempena sambutan Aidilfitri nanti, namun anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa bersedia mengawal sempadan negara.

Menurutnya, anggota PGA akan membuat pemantauan secara terperinci bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dikekang sebaik mungkin sepanjang kawasan Ops Wawasan di bawah seliaan pasukan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment