My Add

Saturday 4 August 2012

5 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Ogos, 2012: Lima orang cedera apabila tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut saksi kemalangan, kejadian itu berlaku berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10 pagi ini apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang dinaiki dua orang lelaki yang sedang menghala ke Bulatan Pahang terbabas lalu memasuki arah bertentangan.

Menurut pemandu sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Tam Sui Chim, 51, kereta Perodua Kembara itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan dua lagi kereta yang cuba mengelak terbabit dalam kemalangan.

Penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment