My Add

Saturday 4 August 2012

Unggas kumpul data golongan gelandangan

GEORGE TOWN, SABTU, 04 Ogos, 2012: Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) memulakan proses pengumpulan data golongan gelandangan di sekitar bandar ini untuk memudahkan tindakan daripada pihak berkuasa.

Yang di-Pertua UNGGAS Nur Fitri Amir Muhammad berkata, masalah kekurangan data yang lengkap menjadi penghalang kepada pihak berkuasa untuk mengelaskan setiap gelendangan terbabit.

"Daripada pengelasan maklumat ini pihak berkuasa dapat memutuskan sama ada mengambil tindakan undang-undang (jika didapati ada kesalahan) atau memberi bantuan kebajikan kepada gelandangan yang layak,” katanya kepada pemberita di Masjid Kapitan Keling malam tadi.

Beliau berkata, setakat hari ini pihaknya memperoleh maklumat mengenai 103 gelandangan di sekitar kawasan itu antaranya adalah pelarian Rohingnya, Thailand, penagih dadah dan kutu rayau.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment