My Add

Wednesday 22 August 2012

5 nyaris maut, bot karam semasa ke kubur

KULAIJAYA, SELASA, 21 Ogos, 2012: Lima termasuk empat sekeluarga nyaris lemas apabila bot yang mereka naiki menyeberangi Sungai Johor untuk menziarahi pusara sanak-saudara pada hari raya kedua, karam berhampiran jeti di Kampung Rantau Panjang di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, bot dinaiki mangsa karam setelah dimasuki air akibat gelombang yang terhasil daripada sebuah bot lain yang berselisih dalam perjalanan ke tanah perkuburan, kira-kira 300 meter dari jeti berkenaan.

Seorang mangsa, Zamri Ithnin, 38, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia hanya mampu melihat air sungai yang banyak melimpah masuk ke dalam bot.

Katanya, dalam keadaan cemas, dia hanya terfikir untuk memeluk erat dua anak lelakinya iaitu Mohd. Emir Aidid dan Mohd. Harith Erzan yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment