My Add

Wednesday 22 August 2012

Segambut dilanda banjir kilat

 *PENDUDUK meredah banjir kilat berikutan hujan lebat yang mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air di Segambut, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dan ibu mengandung antara mangsa yang diselamatkan dalam banjir di ibu negara petang ini.

Hujan lebat yang berlaku menyebabkan beberapa kawasan terutama di sekitar Segambut mengalami banjir.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Masjid Ubaidiah, Stesen Kereta Api Segambut, Kampung Lekuk Kelapa, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Derahman berkata, pihaknya segera menghantar anggota untuk operasi menyelamat ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai banjir itu pada pukul 4.04 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment