My Add

Friday 24 August 2012

50,000 pelatih PLKN Kumpulan 3 mula latihan 9 Sept.ember

KOTA BAHRU, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Kira-kira 50,000 pelatih Kumpulan 3 Siri Ke-9 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini akan mula mengikuti latihan di 81 kem latihan di seluruh negara pada 9 September depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, semua bekas pelajar sekolah yang layak menyertai program itu menerima surat masing-masing daripada jabatannya atau melalui laman sesawang atau khidmat pesanan ringkas (SMS) JLKN.

"Dengan penetapan tarikh itu juga memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri ini bersama rakan pelatih yang lain di kem masing-masing kerana tarikh tersebut (9 Sept) masih dalam suasana hari raya.

"Terserah kepada komander kem masing-masing untuk mengatur program sambutan hari raya sebagai mengisi aktiviti orentasi dalam kalangan pelatih yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment