My Add

Friday 24 August 2012

Kelindan lori lemas di Pantai Tanjung Batu

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Seorang kelindan lori dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Kampung Tanjung Batu Satu di sini petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang di belakang sebuah hotel di sini, mangsa Suhaimi Abdullah, 36, bersama abang, Shaifuddin Abdullah, 38, dan tiga sepupunya mandi di pantai berkenaan sebaik mereka pulang memancing.

Menurut Shaifuddin, ketika sedang mandi, mangsa mengajak tiga sepupunya untuk berlumba ke sebuah bot terletak 50 meter dari daratan, bagaimanapun sepupunya enggan kerana tidak tahu berenang.

"Ketika mangsa sedang berenang ke bot kami terkejut melihat mangsa terkapai-kapai meminta tolong," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Zulkhairul Razilah berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sehingga 7 malam semalam dengan 17 anggota termasuk lima anggota unit skuba. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment