JAKARTA, SABTU, 18 OGOS, 2012: 18 Ogos - Kerajaan Indonesia memberi peringanan hukuman kepada 58,595 banduan sempena Hari Kemerdekaan ke-67 negara ini, kata Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin.
Katanya, dari jumlah tersebut seramai 2,246 banduan dibebaskan, manakala bakinya menerima pengurangan tempoh hukuman penjara.
Selain itu, sempena Aidilfitri, kerajaan turut merancang untuk meringankan hukuman penjara kepada 49,781 banduan dan membebaskan 793 yang lain. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment