My Add

Saturday 18 August 2012

Warga emas maut motosikal bergesel dengan kereta

KUANTAN, SABTU, 18 Ogos, 2012: Seorang lelaki warga emas maut apabila tercampak ke atas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini, semalam.

Mat Lazim Abdullah, 74, dari Kampung Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol di
sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 8.32 malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata,
dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki itu dipercayai secara tiba-tiba mengubah
laluan ke kanan yang mengakibatkan motosikalnya bergesel dan melanggar sebuah kereta di lorong kanan dari arah yang sama.

Beliau berkata, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan
parah di kepala dan dihantar ke HTAA sebelum disahkan meninggal dunia lima jam selepas kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment